Saturday, January 21, 2012

Gambaq Raya Ada Makna

(dari kiri) jejaka misteri, Nazir Ibrahim, Amran Shaari dan Shukri Zakaria cuba mengusik Hamidah Hambali@Kak Long Haz yang kemudiannya menyekeh kesemua mereka

Padan muka hangpa. Walaupon pepatah orang puteh kata 'size is does not matter' tapi hagak-hagak la. Tak memasai jejaka berbaju biru melayu tu turot kena sekeh. Aku percaya lepaih ni kalu ada makan-makan dan minom-minom harus dia tak campoq dengan depa tu.
 
Kejadian menyekeh itu berlaku bila Shukri mengomplen Midah berjalan umpama lori pat tan. Kecuali jejaka misteri berkenaan, Amran dan Nazir yang mendengar hal itu ketawa berdekah-dekah. Hasilnya, tanpa mengira kaum, pangkat dan darjat, Midah dengan senyum yang berbunga matahari bertindak bawah sedar (unconsisneus kata orang puteh) menyekeh kesemua mereka yang kemudiannya melaporkan hal itu kepada bini masing-masing.

Mereka menyangka dengan melaporkan hal itu kepada pasangan masing-masing maka Midah mendapat pembalasannya. Namun cita-cita jahat dan keji mereka itu meleset dan melecet sama sekali apabila bini masing-masing menyedekahkan pula luku ke kepala mereka. Dua kali padan muka.

Oleh kerana berasa ketidakadilan berlaku, keempat-empat mereka berpakat mengadu kepada ketua kelas. Dengan penoh perasaan mereka menceritakan hal itu kepadanya. Anehnya, ketua kelas (dia lantik diri sendiri) yang mendengarnya bukan setakat tidak bersimpati malah turot memberi tazkirah agar menjaga kebersihan persekitaran dan melobi memilih ketua kelas baru sambel mengkarate betis masing-masing. Tiga kali padan muka.

Hangpa percaya ka geng...? Hahahaha...


Antara geng yang berkomplot menggulingkan ketua kelas ke dalam parit besaq belakang rumah Midah

Menurut sumber yang langsong tak buleh dipercayai, geng yang muka depa ada dalam gambaq ni didakwa berusaha sunggoh-sunggoh menggulingkan ketua kelas yang tak sedaq diri melantek dirinya sendiri.

Walaupun kesemua mereka tersenyum, namun hati dan jiwa kacau depa dikatakan cukop menyampah dengan ketua kelas hat dok ada la ni. Dipahamkan, punca mereka memasang niat suci depa tu kerana ketua kelas melarang depa meminom ayaq oren sebaleknya memaksa depa minom teh tarek halia. Dah la tu, dipaksa pula minom hanya di Subedah Sungai Petani. Ingkar akan ditunjokkan surat pajak gadai dan surat cinta marka lama masing-masing. Ceh...apa punya kes la...

Bagaimanapun, hasrat depa terbantot apabila melihat secara langsong ketua kelas menggulingkan dirinya daripada halaman rumah Midah hingga ke ruang dapor rumah jiran Midah yang jaraknya hampir 500 meter. Ada jugak ketua kelas macam tu rupanya...

Hangpa percaya ka geng...? Hahahaha...



Dia ni rupanya ketua kelas...takdak tanjak langsong

Tengok sendiri la. Penoh perasaan (dan perasan) ketua kelas dok bagi tazkirah. Yang hader bagi sokongan cuma sorang (rujok gambaq). Hat lain-lain pon bagi jugak sokongan tapi hala ke rebah.

Aku dah kata. Pileh orang lain. Hangpa nak pileh dia jugak. La ni padan muka kita. Tak pasai-pasai ja kita kena tambah aktiviti dalam kalendar perancangan.

Apa yang aku nampak kat ketua kelas ni...er...err...errr...kalau aku habaq hangpa jangan la marah dia atau aku pulak. Aku cuma nak cakap...ketua kelas ni nampak ayu la. Hahahaha (gelak dalam 10 harakat, baru dapat feel).

Hangpa percaya ka geng...? Hahahaha...

Jumpa lagi geng...!

1 comment: