Saturday, January 21, 2012

Gambaq Raya Ada Makna

(dari kiri) jejaka misteri, Nazir Ibrahim, Amran Shaari dan Shukri Zakaria cuba mengusik Hamidah Hambali@Kak Long Haz yang kemudiannya menyekeh kesemua mereka

Padan muka hangpa. Walaupon pepatah orang puteh kata 'size is does not matter' tapi hagak-hagak la. Tak memasai jejaka berbaju biru melayu tu turot kena sekeh. Aku percaya lepaih ni kalu ada makan-makan dan minom-minom harus dia tak campoq dengan depa tu.
 
Kejadian menyekeh itu berlaku bila Shukri mengomplen Midah berjalan umpama lori pat tan. Kecuali jejaka misteri berkenaan, Amran dan Nazir yang mendengar hal itu ketawa berdekah-dekah. Hasilnya, tanpa mengira kaum, pangkat dan darjat, Midah dengan senyum yang berbunga matahari bertindak bawah sedar (unconsisneus kata orang puteh) menyekeh kesemua mereka yang kemudiannya melaporkan hal itu kepada bini masing-masing.

Mereka menyangka dengan melaporkan hal itu kepada pasangan masing-masing maka Midah mendapat pembalasannya. Namun cita-cita jahat dan keji mereka itu meleset dan melecet sama sekali apabila bini masing-masing menyedekahkan pula luku ke kepala mereka. Dua kali padan muka.

Oleh kerana berasa ketidakadilan berlaku, keempat-empat mereka berpakat mengadu kepada ketua kelas. Dengan penoh perasaan mereka menceritakan hal itu kepadanya. Anehnya, ketua kelas (dia lantik diri sendiri) yang mendengarnya bukan setakat tidak bersimpati malah turot memberi tazkirah agar menjaga kebersihan persekitaran dan melobi memilih ketua kelas baru sambel mengkarate betis masing-masing. Tiga kali padan muka.

Hangpa percaya ka geng...? Hahahaha...


Antara geng yang berkomplot menggulingkan ketua kelas ke dalam parit besaq belakang rumah Midah

Menurut sumber yang langsong tak buleh dipercayai, geng yang muka depa ada dalam gambaq ni didakwa berusaha sunggoh-sunggoh menggulingkan ketua kelas yang tak sedaq diri melantek dirinya sendiri.

Walaupun kesemua mereka tersenyum, namun hati dan jiwa kacau depa dikatakan cukop menyampah dengan ketua kelas hat dok ada la ni. Dipahamkan, punca mereka memasang niat suci depa tu kerana ketua kelas melarang depa meminom ayaq oren sebaleknya memaksa depa minom teh tarek halia. Dah la tu, dipaksa pula minom hanya di Subedah Sungai Petani. Ingkar akan ditunjokkan surat pajak gadai dan surat cinta marka lama masing-masing. Ceh...apa punya kes la...

Bagaimanapun, hasrat depa terbantot apabila melihat secara langsong ketua kelas menggulingkan dirinya daripada halaman rumah Midah hingga ke ruang dapor rumah jiran Midah yang jaraknya hampir 500 meter. Ada jugak ketua kelas macam tu rupanya...

Hangpa percaya ka geng...? Hahahaha...


Thursday, January 19, 2012

Senyum Itu Sedekah

KEKAL MACHO...(dari kiri) Adizan, aku, Faizol dan Baharin

(dari kiri) Adi, aku, Faizol n Baharin memberikan post paling ayu. Gambaq ni Midah cuba nak buat candid. Tapi aku dah hidu awai. Tu pasai la masa dia snap aku kontrol perot dan senyum. Tak buleh bayang kalau tengah dok baguih punya suap, Midah mai klik kamera. Dah tentu habih runtoh keayuan aku. Hahahaha...

Yang Adi tu pulak antara senyum dengan tak mau. Dia kata lengoh pipi. Mana tak lengoh, start pada sampai hingga tamat asyek dok senyum ja. Buleh krem rahang wooo. Boh pi la kot mana pon Adi oi...janji ayu.

Faizol macam anak dara nak kena pinang. Senyum dalam cemas. Mujoq lagi tak senyum dalam lemas. Pa pon, dengan ketayap ataih pala, dia nampak kemas. Tapi sayang...dia takdak pesbuk. Hahahaha...

Paling aku suka bila tengok Baharin senyum. Macam tu punya gaya senyum menggoda nama dia. Atau lebih tepat dan jahat lagi - senyum nak tambah satu lagi. Hang jangan...satgi tak pasai-pasai aku pon turot nak tambah.

Entry ni saja-saja nak buang masa. Motif aku cuma nak apdet blog kita ja. Tapi apasai tak ramai jadik polower? Apasai? Apa dosa aku? Apa silap aku?

Jumpa lagi geng...!

Friday, January 13, 2012

Selepas 22 Tahun...

SINAR HARIAN 11 NOVEMBER 2010
HARIAN METRO 21 JANUARI 2011

Apa? Dah 22 tahun tak berjumpa? Biaq betoi. Maknanya lepas masing-masing tamat sekolah, langsung tak bertemu mata walau sekali pun? Kalau betoi, itu memang lama. Jadi, apa kena-mengena dengan dua gambaq di atas? Ni yang nak cerita ni...

Pertemuan yang dirancang selepas aku dihubungi Hamidah Hambali atau nama manja dia dalam pesbuk Kak Long Haz minta diaturkan perjumpaan dengan kawan-kawan lama. Kata dia makan minum toksah dok pening pala pikiaq. Dia buat atau bahsa mudah, dia sponsor. Tanpa menoleh kiri kanan, depan belakang, atas bawah, aku segera menyetujuinya. Maka tarikh pun dipilih - jumpa pada hari raya haji tahun 2010.

Pencarian pun bermula. Bukan pi terjah pintu rumah kawan-kawan kita. Bukan jugak pi beratoq pejabat pos hantaq surat jemputan. Dan bukan jugak talipon berderet-deret kawan kita tu. Tapi hanya dengan melalui pesbuk. Ya, menatang alah tu la yang membolehkan aku dan Midah membuat jemputan tanpa perlu bersusah payah pi sana mai sini.

Hasilnya, pertemuan selepas 22 tahun masing-masing tak nampak muka, maka berjumpaklah hari yang bersejarah itu. Itu pertemuan pertama. Walaupun tak ramai yang dapat hadir tapi riuh rendah, gelak ketawa (sampai meleleh ayaq mata), gurau senda, usik mengusik masih macam waktu di sekolah dulu. Pangkat, jawatan, kedudukan diletakkan bawah tapak kaki masing-masing hari berkenaan. Maknanya, hang besaq tara mana pun, bila berjumpak dengan kawan yang kenai hati budi, hang buleh bercampoq belaka. Tahniah kepada kita!

Aku akan posting pertemuan kedua - pertemuan masa Aidilfitri lalu - pertemuan yang aku rasa paling ramai hadir (maklum la raya, pakat mengidam ketupat lemang) - dalam blog ni sikit masa lagi. Banyak gambaq-gambaq menarik ada di situ. Jadi, tunggu ja la...

Jumpa lagi geng...!